Siapa cakap lelaki tak boleh berhias cantik-cantik?
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 selebriti lelaki Korea yang jadi duta produk kecantikan sekali gus, menepis stigma masyarakat bahawa lelaki tidak boleh terlibat dalam dunia kecantikan.
Chanyeol EXO (NAXIFIC)
View this post on Instagram
Ahli kumpulan EXO ini dipilih menjadi duta untuk produk kecantikan jenama Korea iaitu NAXIFIC. Melihat daripada penampilan luaran Chan-yeol, dia memang layak untuk menjadi duta produk itu kerana dia sememangnya mempunyai tekstur kulit muka yang licin dan bersinar.
Soong Joongki (SCARLETT)
View this post on Instagram
Lain perjalanan bagi pelakon Korea ini, dia dipilih menjadi duta produk kecantikan Indonesia apabila pengasas jenama itu ‘mengidam’ menginginkannya. Pengasas Scarlett bernama Felicya yang juga merupakan pelakon Indonesia, dikagumi ramai kerana bukan mudah dan perlu keluarkan kos tinggi untuk mengambil Song Joong-ki sebagai duta untuk sesuatu produk.
Mino WINNER (NIVEA)
View this post on Instagram
Pada tahun 2020, ahli WINNER ini telah dipilih menjadi duta untuk produk kecantikan kulit terkenal, Nivea. Oleh kerana Nivea mempunyai banyak produk, Mino dijadikan sebagai duta untuk lip care.
Ahn Hyoseop (INNISFREE)
View this post on Instagram
Pelakon K-Drama popular “Dr. Romantic 2” ini menjadi duta untuk Innisfree. Pasti ramai yang sudah kenal dan biasa dengan jenama ini. Innisfree ialah jenama K-Beauty mampu milik yang menghasilkan produk penjagaan kulit yang memberi kesan kulit yang lembut.
Minhyun NU’EST (LANCOME)
View this post on Instagram
Oleh kerana penampilan yang sangat menarik persis seorang model berpengalaman, Min-hyun NU’EST dipilih menjadi duta untuk produk antarabangsa, Lancome. Sebelum itu juga, penyanyi dan pelakon Korea ini sudah pernah menceburi bidang peragaan Korea.
Gong Yoo (LA MER)
View this post on Instagram
Pelakon popular Korea yang berusia 44 tahun ini dipilih untuk menjadi duta produk kayangan, La Mer. Sangat sesuai dengan gayanya, La Mer sememangnya produk yang menekankan tentang anti penuaan. Jadi, mereka tidak salah memilih duta untuk menjadi muka hadapan produk tersebut.
Wahh..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.