Ikuti Kami:

”Tengok Sebab Byeon Wooseok..” – Plot Mengecewakan, ‘Strong Girl Namsoon’ Digelar Drama Paling Teruk 2023

”Tengok Sebab Byeon Wooseok..” – Plot Mengecewakan, ‘Strong Girl Namsoon’ Digelar Drama Paling Teruk 2023

Apa yang membuatkan sesuatu drama itu bagus? Ada yang kata plot, ada juga yang kata pelakon. Tapi buat penggemar K-Drama, ianya bergantung kepada satu faktor iaitu keseronokan.

Drama “Strong Girl Nam-soon” merupakan antara drama yang paling dinanti kerana ianya merupakan susulan daripada siri “Strong Woman Bong-soon”.

Disebabkan drama asal siri tersebut mendapat sambutan ramai dan menjadi salah satu K-Drama dengan rating tertinggi, ramai yang menyatakan bahawa drama susulan bagi siri tersebut iaitu “Strong Girl Nam-soon” agak mengecewakan.

Malah, mereka juga memanggil drama itu sebagai drama ‘paling teruk’ bagi tahun ini kerana jalan ceritanya yang mengecewakan.

Tidak berhenti di situ, mereka juga turut mendedahkan bahawa sebab utama mereka masih lagi menonton drama itu ialah kerana watak Ryu Si-oh yang dilakonkan oleh Byeon Woo-seok.

reddit

Malangnya, watak yang dibawakan oleh pelakon tersebut tidak diberikan tumpuan yang sepatutnya, malah kehadirannya juga tidak dapat menyelamatkan siri ini sepenuhnya.

Antara komen penonton ialah,

Mereka bazirkan watak Si-oh.

 

Daripada dorang fokus dekat dadah, baik dorang fokus dekat watak Si-oh saja.

 

Watak wanita utama drama ni membosankan.

 

Dorang dah ambil pelakon yang salah untuk bawa watak Nam-soon dan mak dia.

 

Drama paling teruk tahun ini.

Korang yang dah tonton drama ni rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...