Ikuti Kami:

Ramai Kecewa, Spin-Off ‘Strong Girl Namsoon’ Akan Fokus Pada Watak Lelaki?

Ramai Kecewa, Spin-Off ‘Strong Girl Namsoon’ Akan Fokus Pada Watak Lelaki?

Selepas “Strong Woman Do Bongsoon” dan “Strong Girl Namsoon”, drama tersebut nampaknya akan diteruskan hingga musim ketiga.

Sebelum ini, pihak produksi telah berkongsi bahawa siri spin-off untuk “Strong Girl Namsoon” sedang dalam perbincangan dan dijangka akan kembali dengan musim seterusnya.

Dalam episod terakhir drama tersebut, ia seolah memberi petunjuk tentang spin-off siri itu, dengan versi lelaki yang akan menjadi watak utama.

Tunggu, adakah ini teaser untuk spin-off? Adakah ia akan menjadi Strong Man Jang Choong Dong…?

Namun begitu, penonton telah menunjukkan respon negatif mengenai dakwaan tersebut kerana versi lelaki ini akan menjadi kontra dengan tujuan francais yang seharusnya didorong oleh watak wanita.

Antara komen penonton,

Tetapi dunia ini penuh dengan lelaki yang menunjukkan kekuatan mereka. Kami tidak perlu melihat watak lelaki lain untuk jadi peneraju K-Drama.

 

Francais ‘Strong Girl’ bermakna ia didorong oleh watak wanita. Adakah saya salah?

 

Bukankah ia sepatutnya mengenai wanita jadi pahlawan yang kuat? Kalau diubah, plotnya tidak lagi istimewa.

Bagaimanapun, pasukan produksi masih belum mengesahkan mahupun menafikan lagi mengenai spekulasi spin-off versi lelaki tersebut.

Sama-sama kita nantikan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...