Ikuti Kami:

Tenaga Kalah Idola! Kehangatan Musim Panas Terasa Di Pentas ‘PSY Summer Swag 2022’ Di Disney+

Tenaga Kalah Idola! Kehangatan Musim Panas Terasa Di Pentas ‘PSY Summer Swag 2022’ Di Disney+

Walaupun fenomena idola membanjiri serata Korea dan dunia kini, namun PSY kekal berdiri teguh sebagai penyanyi solo yang tidak kurang hebatnya.

Menerusi konsert pertama selepas pandemik melanda dunia, lelaki itu membuktikan bahawa dia merupakan ‘performer’ terbaik bagi menaikkan ‘hype’ penonton menerusi filem asal ‘PSY SUMMER SWAG 2022’ di Disney+ Hotstar. Bukan sahaja berjoget bersama, PSY menggamatkan lagi suasana dengan percikan air yang membuatkan semua basah lencun.

Filem ini bermula dengan lelaki tersebut berlagak seperti berlatih untuk konsert berkenaan bersama pelatih peribadinya sebelum membawa kepada sekuen di mana dia berjalan di atas pentas dan memberikan isyarat pada penonton bahawa musim panas yang menyeronokkan bakal bermula!

psy summer swag 2022

Kalau cakap pasal ‘bertenaga’, memang PSY lah jawapan yang dicari korang! Dari awal persembahan hingga ke penamat, lelaki itu berlari, melompat dan melantun ke sana sini untuk menaikkan semangat penonton di bawah. Walaupun korang tiada di situ, namun ‘vibe’ tersebut dapat dirasai hingga ke luar skrin. Cun!

Persembahan PSY kelihatan seperti taman permainan yang meloloskan ‘kegilaan’ dan hiburan yang mungkin boleh dialami sekali seumur hidup sahaja. Hebat kan kuasa muzik PSY yang mampu menyatukan semua?

Hari ini awak akan kehilangan suara dan kaki. Tapi anda akan membawa pulang memori.

psy summer swag 2022

Semestinya tak membosankan kerana korang akan disajikan dengan dendangan lagu popular seperti ‘Gentleman’, ‘Daddy’, ‘Celeb’, ‘Shake It’, ‘New Face’, ‘Gangnam Style’, ‘Father’ serta ‘That That’ yang merupakan kolaborasi bersama ahli BTS, Suga.

Kalau dah terasa kehangatan ‘PSY SUMMER SWAG 2022’, jangan terlepas menonton di Disney+ Hotstar sekarang!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...