Ikuti Kami:

Episod Awal Penuh Plot Twist, ‘Pandora: Beneath The Paradise’ Di Disney+ Hotstar Raih Pelbagai Reaksi Penonton

Episod Awal Penuh Plot Twist, ‘Pandora: Beneath The Paradise’ Di Disney+ Hotstar Raih Pelbagai Reaksi Penonton

Setelah sekian lama menanti, akhirnya “Pandora: Beneath The Paradise” telah pun membuka pintunya buat penonton di Disney+ Hotstar.

Untuk pengetahuan, drama balas dendam ini membawa kisah tentang seorang wanita yang menyedari bahawa kehidupannya bukanlah sempurna seperti yang dilihat.

[Amaran SPOILER]

Permulaan penuh kesangsian

Kehidupan Hong Tae-ra (Lee Ji-ah) yang kelihatan indah selepas berkahwin dengan pemilik syarikat teknologi Pyo Jae-hyun (Lee Sang-yoon) sebenarnya menyembunyikan pelbagai rahsia yang mengejutkan. Meskipun bahagia namun wanita itu langsung tidak mengingati kehidupan lalunya.

disney+ pandora: beneath the paradise

Hampir dibunuh kakak sendiri Hong Yu-ra (Han Soo-yeon), wanita tersebut juga hampir merungkai identiti perempuan simpanan suaminya. Namun lebih mengejutkan apabila memorinya mula kembali sedikit demi sedikit semasa mencari klu mengenai pembunuh yang mengambil nyawa ayahnya.

Tidak semudah itu, pencarian Hong Tae-ra kian berselirat apabila kakaknya juga turut mempunyai rahsia yang dipendam dan disembunyikan daripada semua kerana ianya turut melibatkan suami dan anaknya.

Penuh plot twist

Meskipun baru dua episod namun “Pandora: Beneath The Paradise” membuatkan penonton tak senang duduk kerana plot yang tak dijangka langsung. Malah penonton seperti berada di tempat Hong Tae-ra di mana mereka turut sama terkejut apabila menemui pelbagai rahsia di sebalik kehidupan wanita itu.

disney+ pandora: beneath the paradise

Bukan itu sahaja, kesemua penonton menantikan apakah lagi rahsia yang akan dirungkai dalam episod akan datang.

Bagi yang belum menonton, jangan lupa saksikan “Pandora: Beneath The Paradise” di Disney+ Hotstar!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...