Beberapa tahun kebelakangan ini Korea Selatan menjadi antara negara yang sering dilawati oleh pelancong.
Oleh itu, KimchiDaily nak kongsikan 5 jambatan menarik dan cantik boleh dilawati oleh semua orang di sana.
Jambatan Incheon
Jambatan Incheon diiktiraf sebagai jambatan terpanjang di Korea Selatan. Jambatan Incheon adalah jambatan yang agak moden. Air di bawah jambatan sangat jernih dan sangat menenangkan. Selain itu, ia juga berdekatan dengan lapangan terbang Incheon, jadi kalau korang turun di lapangan terbang ini, boleh la terus singgah.
Jambatan Gwangandaegyo
Gwangandaegyo atau Jambatan Berlian ialah sebuah jambatan gantung yang terletak di Busan, Korea Selatan. Ia menghubungkan Haeundae-gu dengan Suyeong-gu. Permukaan jalan raya jambatan ini adalah kira-kira 6,500 meter panjang, dengan panjang jambatan secara keseluruhannya menjangkau 7,420 meter. Ia adalah jambatan kedua terpanjang di negara ini selepas Jambatan Incheon.
Jambatan Banpo
Jambatan Banpo merupakan salah satu tempat yang paling kerap dikunjungi di Korea Selatan. Ianya terletak di Sungai Han, jambatan itu menghubungkan daerah Yongsan dan Seocho. Jambatan dua tingkat ini telah dibina pada tahun 1982. Selain itu ia menjadi tarikan utama kerana ada pertunjukan air pancut yang cantik sambil diterangi cahaya bulan.
Jambatan Woljeong
Bagi peminat K-Drama “The King: Eternal Monarch”, korang boleh tengok penggambaran dilakukan di jambatan ini pada episod 13. Jambatan Woljeong ialah sebuah jambatan kayu yang dibina pada tahun ke-19 oleh Raja Gyeongdeok. Jambatan itu adalah contoh seni bina tamadun Silla yang menakjubkan di mana ia menggabungkan warna putih, merah dan hijau. Jika korang datang ke sini, jangan lupa untuk menangkap gambar sebagai kenang-kenangan.
Jambatan Gantung Gamaksan
Jambatan gantung ini dibuka di Paju pada Mac 2018. Jambatan yang mempunyai panjang lebih 220m dan tinggi 10m itu merupakan jambatan gantung terpanjang di Korea Selatan. Jambatan gantung boleh diakses tanpa perlu bersusah payah mendaki. Korang boleh lihat pemandangan yang menakjubkan termasuk laluan kayu yang luas di sepanjang tasik yang indah.
Selamat bercuti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.