Ikuti Kami:

Ingin Rasai Pengalaman Seperti Dalam K-Drama? Ini 7 Lokasi Penggambaran Boleh Dilawati Di Korea

Ingin Rasai Pengalaman Seperti  Dalam K-Drama? Ini 7 Lokasi Penggambaran Boleh Dilawati Di Korea

Bagi peminat K-Drama, korang mesti kagum dan tertanya-tanya di mana lokasi penggambaran dilakukan. Betul tak?

Khas untuk peminat K-Drama  yang nak bercuti di Korea, kali ini KimchiDaily ada cadangan 7 tempat penggambaran K-Drama yang boleh dilawati ketika bercuti.

Menara Namsan

Menara Namsan atau juga dikenali sebagai Menara N Seoul, adalah tempat pelancongan yang wajib korang pergi. Ia menawarkan pemandangan 360 darjah Seoul yang romantik. Ini adalah tempat terbaik untuk melihat matahari terbenam sebelum korang meletakkan  mangga kunci sebagai simbolik cinta sejati. Korang disarankan untuk datang mengunjungi menara ini pada hari minggu untuk elak bersesak dengan orang ramai.

Tembok Kubu Seoul 

Tembok kubu purba ini terletak di tengah-tengah bandar Seoul, ia terbentang sepanjang 18.6 km melepasi kawasan terkenal, termasuk menara Namsan. Pengunjung boleh berjalan di sepanjang laluan sambil melihat keindahan bandar Seoul. Salah satu tempat terbaik untuk melihat dinding kubu ini adalah di antara jarak Taman Namsan dan Muzium Tembok Kota Seoul di Dongdaemun. Peminat drama ‘Itaewon Class’ akan mengenali dinding kubu ini sebagai adegan yang paling comel antara dua watak utama itu.

Jambatan Tergantung Pocheon Hantan 

Ada satu adegan di dalam drama ‘Crash Landing On You’, semasa Ri Jeong-hyuk mengimbau kembali kenangan di Switzerland di mana dia meminta seorang wanita yang kelihatan bermasalah untuk mengambil gambarnya bersama Seo Dan. Dia tidak tahu yang dia telah menyelamatkan nyawa wanita itu kerana dia berniat untuk terjun dari jambatan. Adegan ini dilakukan di Jambatan Pocheon Hantan di yang sangat sesuai untuk korang yang suka bergambar cara estetik.

Pantai Wolpo 

Kalau korang peminat drama ‘Hometown Cha Cha Cha’, pasti pantai ini tidak asing bagi korang. Tidak boleh dinafikan pantai Wolpo sangat indah dan sangat bersih. Pantai ini sangat terkenal dengan aktivitu luncur angin dalam kalangan anak muda. Ianya juga kaya dengan hidupan laut seperti zooplankton dan ikan lantas menjadi tumpuan pemancing untuk memancing di pantai itu. bagi siapa yang minat memancing, bolehlah datang meluangkan masa di pantai yang indah ini.

Klinik Pergigian Yoon

Klinik ini bukan sebarang klinik, ia telah diubah-suai menjadi kafe selepas drama ‘Hometown Cha Cha Cha’ mendapat rating yang tinggi daripada penonton. Pasti ia akan memberikan pengalaman yang sangat menyeronokkan kepada pengunjung kerana setiap sudut di kafe itu ada memori terindah tentang drama itu.

Aliran Cheonggyecheon 

Salah satu tempat yang paling tenang di Seoul ialah Cheonggyecheon. Kebiasaannya, kawasan ini disewa untuk festival serta pelbagai pameran yang diadakan di sini. Selain itu, aliran Cheonggyecheon sangat popular dengan kehadiran pasangan kekasih yang ingin meluangkan masa bersama. K-Drama yang membuat penggambaran di sini antaranya ialah ‘Vincenzo’, ‘Find Me In Your Memory’ dan macam-macam lagi.

Istana Gyeongbokgung 

Istana Gyeongbokgung antara lokasi mesti dilawati kerana banyak tarikan menarik tentang keindahan Korea pada zaman dahulu. Teringat ada satu adegan dalam drama ‘Goblin’, Jin Eun-tak berlari kegembiraan ke arah Kim Shin di hadapan istana ini. Korang boleh la rakam video seakan-akan macam drama Goblin apabila melawat ke kawasan ini. Tambahan, ada banyak lagi K-Drama lain yang membuat penggambaran di Istana Gyeongbokgung.

Nanti korang bolehlah feeling macam dekat dalam drama.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...