Ikuti Kami:

Tempat Persinggahan Artis, Cuba 4 Salon Ini Jika Ingin Penampilan Seperti Selebriti Korea

Tempat Persinggahan Artis, Cuba 4 Salon Ini Jika Ingin Penampilan Seperti Selebriti Korea

Trend kecantikan Korea sering menekankan penampilan solekan yang minimum dan ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari penampilan mudah dan kelihatan semula jadi.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 4 salon di Korea, jika korang inginkan gaya solekan yang minimal tetapi sentiasa kelihatan menawan.

Jung Saemmool Inspiration

Pemilik salon ini juga terkenal sebagai jurusolek kepada beberapa pelakon popular di Korea, seperti Kim Tae-hee, Choi Ji-woo dan ramai lagi. Jung Saem-mool telah menjadi ikon di kalangan ramai artis solek untuk penampilan soleknya yang ringkas dan kelihatan semula jadi.

Apa yang menyeronokkan, korang boleh rasai pengalaman disolek oleh Jung Saem-mool di studionya di Gangnam. Selain itu, korang juga boleh meminta nasihat tentang solekan muka dengan Jung Saem-mool.

A By Bom

A by Bom sangat handal dalam menyesuaikan gaya solekan mengikut ciri yang ada pada seseorang itu. Dengan pelanggan seperti Dara, Han Ye-seul dan ramai lagi yang datang ke kedai ini, ia pastinya tempat yang anda ingin pergi untuk ubah suai.

Terdapat dua cawangan A by Bom di Seoul. Cawangan kedua A by Bom terletak berhampiran cawangan utama dan konsep reka bentuk studio kedua ini ialah taman botani. Ia merupakan lokasi penggambaran yang popular dan peminat K-Drama mungkin mengenalinya daripada “K-2” dan “Entourage”.

Jenny House 

salon kecantikan di korea

Jenny House terkenal dengan kepakaran mereka dalam pelbagai bidang kecantikan, seperti rambut, solek muka dan kuku. Pelanggan mereka termasuk Lee Jong-suk, Park Shin-hye, Song Ji-hyo serta Jenny House sangat popular untuk penggayaan solek perkahwinan

Estetika Jenny House adalah ringkas dan mengekalkan wajah awet muda, jadi solekan selalunya menekankan kulit licin dan kelihatan semula jadi. Salun ini menawarkan perkhidmatan dan perundingan mereka dalam bahasa Inggeris dan Cina supaya pengunjung yang tidak boleh berbahasa Korea datang dan digayakan tanpa perlu risau tentang halangan komunikasi.

Culture and Nature

salon kecantikan di korea

Culture and Nature ialah tempat kegemaran selebriti seperti Son Tae-young, Gong Yoo dan Kim Nam-gil. Seperti namanya, bahagian dalam salon yang luas ini dihias dan dilengkapi hanya menggunakan bahan mesra alam. Salon ini juga mengadakan acara tahunan yang melihat trend musim akan datang untuk penggayaan rambut, solek muka, dandanan kuku dan kecantikan diri.

Korang nak cuba?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...