Ikuti Kami:

Tempat Peringatan Dipindahkan, Peminat Bengang Barangan Mendiang Moonbin Jadi Pameran Pelancong

Tempat Peringatan Dipindahkan, Peminat Bengang Barangan Mendiang Moonbin Jadi Pameran Pelancong

Eh, betul ke ni?

Pada 2 Disember, tular di media sosial selepas peminat mendapati bahawa syarikat mendiang Moonbin, iaitu Fantagio Entertainment dikatakan memindahkan ‘tempat peringatan’ penyanyi tersebut (Moon’s Space) di sebuah kuil yang terletak di dalam hutan.

Di mana, peminat merasakan bahawa syarikat itu seakan-akan ingin menjana pendapatan dengan menjadikan tempat itu sebagai tempat tarikan pelancong yang mempamerkan barangan milik mendiang Moonbin.

Rata-rata komen peminat,

Tolong beri Moobin berehat dengan tenang!

 

Menjijikkan, kenapa nak jana duit atas kematian seseorang?

 

Kami tak perlukan tempat pameran barangan Moonbin! Sila beri barangan tersebut kepada keluarga mendiang.

 

Jangan lupa, Fantagio yang suruh Moonbin buat persembahan walaupun dia sedang sakit sehingga dia meninggalkan kami dan sekarang awak nak buat duit atas kematian dia pula?

Namun pada 3 Disember, Fantagio Entertainment telah tampil memberi penjelasan mengenai isu yang tular tersebut.

Jelas mereka,

Kami tidak mempunyai sebarang kontrak yang melibatkan wang dengan kuil Seonunsa. Sebab mengapa kami ingin memindahkan tempat Moonbin ke kuil tersebut ialah kerana kami bimbang akan keselamatan peminat terutamanya pada musim sejuk ini.

Tambah mereka,

Namun, selepas berbincang dengan semua pihak, kami telah membuat keputusan untuk mendengar cakap Aroha (kelab peminat ASTRO) dan kami akan menutup tempat peringatan Moonbin di kuil tersebut dengan serta merta mulai 3 Disember jam 8 malam.

moonbin

Mereka menyambung,

Kami ingin berterima kasih kepada para sami yang menjaya tempat peringatan tersebut dan ingin meminta maaf atas kontroversi yang melibatkan tempat tersebut.

Betul kata peminat, seeloknya biar la keluarga mendiang yang simpan barangan Moonbin tu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...