Ikuti Kami:

“Terima Kasih..” – Menang Anugerah, Seungkwan SEVENTEEN Menangis Titip Ucapan Buat Mendiang Moonbin

“Terima Kasih..” – Menang Anugerah, Seungkwan SEVENTEEN Menangis Titip Ucapan Buat Mendiang Moonbin

Sehingga hari ini, pemergian Moonbin ASTRO pastinya masih membuatkan ramai orang sebak terutamanya keluarga dan sahabat rapat.

Terbaru pada 29 November, anugerah Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2023 telah berlangsung di Japan dan dihadiri ramai kumpulan popular seperti (G)I-DLE, TVXQ, LE SSERAFIM dan termasuklah SEVENTEEN.

Untuk pengetahuan, SEVENTEEN telah membuktikan gelaran mereka sebagai kumpulan K-Pop popular apabila mereka berjaya membawa pulang anugerah utama atau Daesang bagi kategori ‘Album of the Year’.

Ketika memberikan ucapan kemenangan, salah seorang ahli iaitu Seung-kwan telah mengucapkan rasa syukur pada peminat dan juga kepada sahabat rapatnya iaitu mendiang Moonbin.

Luah Seung-kwan,

Saya rasa setiap artis di sini sangat mengagumkan, sama ada anda menerima anugerah atau tidak. Tugas ini tidak mudah, tetapi saya harap kita dapat terus menyokong antara satu sama lain pada masa hadapan.

Sambungnya lagi,

Saya tak tahu sama ada saya harus cakap tentang ini..tahun ini memang sangat bermakna dan terima kasih kepada kawan saya Binnie (Moonbin) yang sentiasa menyayangi dan menyokong pasukan kami. Terima kasih.

Semoga Seung-kwan sentiasa kuat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...