Ikuti Kami:

Teman Tapi Mesra, Wajib Tonton 5 K-Drama Ini Berkisarkan Tentang Cinta Antara Kawan Baik

Teman Tapi Mesra, Wajib Tonton 5 K-Drama Ini Berkisarkan Tentang Cinta Antara Kawan Baik

K-Drama sangat popular dengan kisah percintaan yang sangat romantis.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 K-Drama melibatkan rakan zaman kanak-kanak yang beralih kepada pasangan hidup.

She Was Pretty

“She was Pretty” ialah sebuah drama romantis yang mengisahkan tentang persahabatan zaman kanak-kanak yang membawa kepada kisah cinta. K-Drama ini dibintangi oleh Park Seo-joon dan Hwang Jung-eum. Kedua-dua pelakon ini berjaya membawa watak yang diberi sehingga membuatkan penonton tidak sabar untuk menonton episod seterusnya.

Reply 1988

“Reply 1988” mempunyai plot yang sangat menarik pada setiap episod. Ia menceritakan kisah kawan zaman kanak-kanak di mana, hubungan itu menjadi semakin erat apabila mereka semakin dewasa. Kawan baik ini sentiasa ada untuk satu sama lain dan tahu cara memberi keselesaan antara satu sama lain. Apa yang lagi seronok, ada di antara mereka mempunyai perasaan lebih sekadar kawan tetapi tidak berani untuk meluahkan perasaan tersebut.

Drama ini sesuai untuk korang yang ada crush dekat kawan baik sendiri, tetapi takut untuk meluahkan perasaan sebenar korang!

Fight For My Way

“Fight For My Way” ialah drama persahabatan komedi yang berkembang menjadi hubungan romantis. Ko Dong-man merupakan bekas atlit taekwondo yang hebat manakala,  Choi Ae-ra hanyalah seorang penyambut tetamu. Mereka berdua adalah kawan baik tetapi tidak dapat bertahan dengan perangai satu sama lain. Selain itu, mereka sentiasa kelihatan kelam kabut bersama dan akan bertekak setiap kali berjumpa.

Namun, kedua-duanya mempunyai masalah untuk mengejar impian mereka kerana banyak masalah kehidupan yang menghalangnya.

Romance Is A Bonus Book

Percintaan antara dua watak dalam “Romance Is A Bonus Book” adalah yang paling lembut dan sangat romantis. Mereka pada mulanya hanyalah berkawan baik dan hubungan ini sangat jelas sehingga orang di sekeliling tahu bahawa mereka sangat rapat. Hal ini kerana mereka berdua sangat menyokong satu sama lain, dan akan melakukan segala-galanya demi sahabat.

My First First Love

“My First First Love” mengisahkan tentang lima remaja dan pertemuan mereka yang secara tidak sengaja, menjadikan kesemuanya berkawan baik. Namun ada dua orang di antara mereka mula bercinta dengan seseorang tetapi, mula menyedari bahawa mereka mempunyai perasaan yang lebih daripada persahabatan antara satu sama lain.

Selamat menonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...