Ikuti Kami:

Sambungan Cerita Tergantung, Ini 7 K-Drama Akan Kembali Dengan Musim Kedua

Sambungan Cerita Tergantung, Ini 7 K-Drama Akan Kembali Dengan Musim Kedua

Pengarah K-Drama sentiasa akan berikan yang terbaik kepada para penonton.

Disebabkan oleh musim pertama telah mendapat sambutan yang memberasangkan daripada penonton, kali ini KimchiDaily nak kongsikan 7 K-Drama yang bakal kembali dengan musim ke-2.

Signal 2 

Drama tvN “Signal” disiarkan pada 2016 dan berkisarkan tentang satu walkie-talkie misteri yang menghubungkan dua detektif dari era berbeza. Mereka berdua berusaha menyelesaikan jenayah dalam tempoh masa yang diberikan.

Terbaru, ada sumber dalam talian mendedahkan penulis “Signal”, Kim Eun-hee mengesahkan musim kedua akan ditayangkan tidak lama lagi.

Sweet Home 2 

Siri Netflix “Sweet Home”, yang disiarkan pada tahun 2020, adalah kisah tentang seorang remaja dan jirannya yang cuba bertahan daripada manusia yang telah bertukar menjadi raksasa. Baru-baru ini diumumkan bahawa siri itu akan kembali dengan musim kedua pada 1 Disember ini.

Squid Game 2

Siri Netflix “Squid Game”, yang disiarkan pada tahun 2021, adalah mengenai peserta yang bertanding dalam permainan kanak-kanak untuk memenangi hadiah lumayan. Walaupun tarikh keluaran tayangan rasmi belum disahkan, mereka telah mendedahkan melalui laman rasmi YouTube Netlix bahawa penggambaran untuk “Squid Game 2” sedang dijalankan.

Weak Hero Class 2 

Siri asal Wavve “Weak Hero Class 1”, dikeluarkan pada tahun 2022. Ia adalah mengenai seorang pelajar yang enggan mengalah daripada pembuli. Dia lakukan hal ini kerana untuk melindungi orang yang penting dalam hidupnya.

Baru-baru ini, wakil rasmi syarikat produksi untuk “Weak Hero Class”, mendedahkan bahawa akan ada musim 2 untuk drama ini.

Extraordinary Attorney Woo 2 

Siri ENA “Extraordinary Attorney Woo”, mula ditayangkan pada tahun 2022. Drama ini adalah mengenai seorang peguam yang menghidap sindrom Asperger dengan IQ tinggi tetapi bergelut dengan interaksi harian.

Drama ini telah disahkan secara rasmi bahawa akan ada musim kedua, tetapi penonton perlu menunggu kerana jadual penggambaran mungkin akan bermula pada tahun 2024.

All Of Us Are Dead 2

Siri Netflix “All Of Us Are Dead” telah disiarkan pada tahun 2022. Ia berkisarkan tentang  sekumpulan pelajar yang cuba untuk melarikan diri dari sekolah mereka. Hal ini kerana, sekolah itu telah menjadi pusat wabak zombi dan dipenuhi dengan mahkluk seram.

Pengumuman rasmi dikeluarkan pada bulan Jun yang lalu di mana, siri ini telah disahkan bahawa ada musim kedua.

Hellbound 2

Siri Netflix “Hellbound”, yang disiarkan pada 2021 ini adalah mengenai orang ramai mendengar ramalan bila mereka akan mati. Dan apabila masa itu tiba, malaikat maut muncul di hadapan mereka dan terus mencabut nyawa. Nak tahu apa jadi? Korang kena tonton “Hellbound” musim pertama barulah korang faham apa yang ingin disampaikan.

Walaupun tarikh tayangan rasmi belum diumumkan, ada spekulasi bahawa ia telah memulakan penggambaran dan mungkin akan ditayangkan pada tahun 2024.

Wah tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...