Bukan senang kan nak lihat Song Ji-hyo bersama ahli keluarganya?
Terbaru, pelakon wanita itu dilihat menemani ibunya, Park Gwi-ja di Majlis Penyempurnaan Dewan Deungjeon dan Majlis Persiapan Triad Buddha pada pagi ini.
Majlis penting itu turut dihadiri sami-sama penting dari seluruh negara selain ibunya turut menerima pingat penghargaan kerana memberikan sumbangan selama 10 tahun buat tokong itu.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat dedikasi keluarga pelakon itu buat agama Buddha selain teruja dengan keakraban anak-beranak itu.
Song Ji-hyo ada iras wajah ibunya tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.