Ikuti Kami:

“Terbayang Song Jihyo Pakai Seluar Dalam..” – Kim Jongkook

“Terbayang Song Jihyo Pakai Seluar Dalam..” – Kim Jongkook

Ramai rasanya yang dah lama menanti hubungan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo mekar menjadi pasangan sebenar kan?

Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli telah menjalani jelajah ‘hip’ di mana mereka melawat ke semua tempat yang digemari generasi MZ kini. Di awal perlumbaan, mereka diberitahu sesiapa yang kalah untuk misi ini perlu memakai seluar dalam ketika rakaman minggu hadapan.

Yoo Jae-seok mengusik Seok-jin dan berkata,

Saya boleh nampak dia pakai seluar dalam minggu depan.

Usik Yang Se-chan pula,

Jika saya kalah, saya tidak akan mencukur kaki saya. Mozaik kan kaki saya. Ia akan kelihatan seperti ayam dalam sup ginseng.

running man

Yoo Jae-suk memberi amaran kepada Song Ji-hyo, yang duduk diam,

Fikir lah bahawa awak juga boleh memakainya.

Kim Jong-kook membayangkan penampilan Song Ji-hyo tanpa seluar dan berkata,

Saya tidak mahu melihat Ji-hyo dalam pakaian dalamnya. Ia seperti melihat pakaian dalam adik perempuan saya sendiri.

Bantah Song Ji-hyo juga berkata,

Saya juga tidak mahu memakainya.

Di akhir episod, ternyata Yoo Jae-suk dan Yang Se-chan yang terpilih untuk menjalankan penalti itu lantas kesemua ahli meluahkan rasa tidak sabar untuk episod akan datang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star Today

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...