Drama “Tell Me Your Wish” telah mengesahkan tarikh tayangannya!
Bagi yang belum tahu, pelakon hebat Ji Chang-wook, Choi Soo-young dan Sung Dong-il telah disahkan akan membintangi drama KBS akan datang “Tell Me Your Wish”.
“Tell Me Your Wish” diinspirasikan mengenai sebuah organisasi sebenar di Belanda yang merealisasikan impian pesakit kanser yang membawa maut. Kisah menyentuh hati akan diceritakan apabila seorang lelaki muda yang ditolak ke hadnya kerana kesusahan hidup dan diminta ke hospis oleh perkhidmatan komuniti dan menyertai kakitangan hospital, untuk memastikan impian para pesakit menjadi kenyataan di penghujung hidup mereka.
Ji Chang-wook akan membawa watak Yoon Gyeo-re, seorang yang melalui kesukaran selepas menjalani kehidupan dari rumah anak yatim, pusat tahanan remaja dan penjara. Sung Dong-il akan melakonkan watak Kang Tae-shik, yang bekerja sebagai ketua sukarelawan selepas hilang makna dalam hidup. Manakala Choi Soo-young SNSD akan membawa watak jururawat So Yeon-joo, di mana dia bertanggungjawab memberikan harapan kepada kesemua pesakit di hospis itu.
Menurut laporan dari A&E Korea, “Tell Me Your Wish” telah dijadualkan untuk tayang pada bulan Ogos ini melalui saluran KBS2.
Sama-sama kita nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.