Ikuti Kami:

Kehidupan Di Hospis, Ji Changwook, Sung Dongil & Choi Sooyoung Sah Terajui ‘Tell Me Your Wish’

Kehidupan Di Hospis, Ji Changwook, Sung Dongil & Choi Sooyoung Sah Terajui ‘Tell Me Your Wish’

Selepas hanya khabar angin sahaja yang bertiup kencang, akhirnya drama “Tell Me Your Wish” sudah pun mengesahkan barisan pelakonnya.

“Tell Me Your Wish” diinspirasikan mengenai sebuah organisasi sebenar di Belanda yang merealisasikan impian pesakit kanser yang membawa maut. Kisah menyentuh hati akan diceritakan apabila seorang lelaki muda yang ditolak ke hadnya kerana kesusahan hidup dan diminta ke hospis (hospice) oleh perkhidmatan komuniti dan menyertai kakitangan hospital untuk memastikan impian para pesakit menjadi kenyataan di penghujung hidup mereka.

Ji Chang-wook akan membawa watak Yoon Gyeo-re, seorang yang melalui kesukaran selepas menjalani kehidupan dari rumah anak yatim, pusat tahanan remaja dan penjara. Dia mula menjalani khidmat masyarakat di hospis berkenaan disebabkan oleh satu kemalangan dan dia mengalami kesusahan lagi bagi meneruskan kelangsungan hidup.drama tell me your wishSung Dong-il pula akan melakonkan watak Kang Tae-shik, yang bekerja sebagai ketua sukarelawan selepas hilang makna dalam hidup. Untuk watak jururawat So Yeon-joo, ianya akan dihidupkan oleh Choi Soo-young (Girls’ Generation) di mana dia bertanggungjawab memberikan harapan kepada kesemua pesakit di hospis itu.

Menurut laporan, “Tell Me Your Wish” sudah pun memulakan penggambaran pada 27 September lalu.

Daripada sinopsis, dah dapat agak betapa sedih drama ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...