Yay! Teaser terbaru drama “Poong, The Joseon Psychiatrist” sudah mula ditayangkan!
Sebelum ini, banyak dalam kalangan penonton yang agak sedih apabila drama “Poong, The Joseon Psychiatrist” menamatkan tayangannya.
Terbaru, satu teaser bagi drama “Poong, The Joseon Psychiatrist 2” bakal kembali menemui peminat pada Januari 2023. Yay akhirnya!
https://twitter.com/CJnDrama/status/1597734652273479688
Buat yang belum tahu, drama “Poong, The Joseon Psychiatrist” mengisahkan mengenai Yoo Se-poong lakonan Kim Min-jae, seorang doktor perubatan dalaman terkenal telah dihalau keluar istana diraja kerana terperangkap dalam satu konspirasi jahat. Setelah memasuki perkampungan Gye-su, dia mula menjadi doktor yang menyembuhkan hati.Dalam pada itu, dalam musim pertama, Yoo Se-poong belum sempat mengakui perasaannya buat Seo Eun-woo lakonan Kim Hyang-gi. Sebaliknya, mereka didatangi oleh segerombolan staf kerajaan.
Jadi, agak-agaknya kita semua akan ketahui kesudahannya dalam musim kedua ke?
Ha, nantikan update seterusnya okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.