Sedih betul bila drama kegemaran kita menamatkan siaran kan? Begitulah perasaan peminat drama “Poong, The Joseon Psychiatrist” kini.
Sinopsis
“Poong, The Joseon Psychiatrist” membawa kisah Yoo Se-poong (Kim Min-jae), doktor perubatan dalaman terkenal yang dihalau keluar istana diraja kerana terperangkap dalam satu konspirasi. Selepas memasuki perkampungan Gyesu, dia mula menjadi doktor yang menyembuhkan hati.
Konflik selesai
[Amaran SPOILER]
Akhirnya, Yoo Se-poong berjaya membongkarkan kebenaran mengenai kejahatan Jo Tae-hak (Yoo Sung-joo) dan cerita sebenar kematian bekas raja (Ahn Nae-sang). Nama lelaki itu kemudiannya dibersihkan dari tuduhan itu dan dia kembali sebagai ketua akupuntur di hospital itu.
Pun begitu, belum sempat Yoo Se-poong mengakui perasaannya buat Seo Eun-woo (Kim Hyang-gi), segerombolan staf kerajaan datang menghampiri mereka. Kesudahan ini membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan berlaku dalam musim kedua nanti.
Rating baik
Sejak awal tayangan, “Poong, The Joseon Psychiatrist” menunjukkan prestasi yang baik dari sudut ratingnya dengan catatan 4% ke 5%. Dalam episod akhirnya, drama ini mencapai 5.099% meskipun tidak berjaya mengalahkan rekod terbaik yang dicatat ketika episod ke-10 iaitu 5.180%.
Bagi yang ternanti-nanti sambungan “Poong, The Joseon Psychiatrist”, korang kena tunggu Januari tahun hadapan untuk musim keduanya. Yes!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.