Ikuti Kami:

Teaser Mengghairahkan, Peminat Teruja Ingin Tonton Jennie BP Dalam Siri HBO ‘The Idol’ Jun Ini

Teaser Mengghairahkan, Peminat Teruja Ingin Tonton Jennie BP Dalam Siri HBO ‘The Idol’ Jun Ini

Setelah lama menanti, peminat akan dapat lihat lakonan Jennie BLACKPINK dalam siri HBO “The Idol” tak lama lagi!

Terbaru, “The Idol” telah melancarkan video teaser baru sekaligus mengumumkan tarikh tayangan rasminya iaitu pada 4 Jun ini.

Untuk pengetahuan, “The Idol” akan menceritakan tentang dunia industri bintang idola pop bernama Jocelyn (Lily-Rose Depp), diterbitkan bersama The Weeknd dan pengarah Sam Levinson, yang pernah mengarah siri HBO popular “Euphoria”.

Selain itu, bintang lain yang akan turut tampil dalam siri ini adalah The Weeknd sendiri, Jennie Ruby Jane, Troye Sivan, Susanna Son, Moses Sumney, Jane Adams, Dan Levy, Eli Roth dan ramai lagi.

Sementara itu, ini juga merupakan kali pertama peminat akan dapat lihat ahli BLACKPINK itu berlakon, menambah keterujaan penonton untuk menantikan tayangan “The Idol” nanti.

Tonton video teaser “The Idol” di atas!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...