Ikuti Kami:

Bakal Debut Sebagai Pelakon, Jennie Dijemput Ke ‘Festival Filem Cannes’ Untuk ‘The Idol’

Bakal Debut Sebagai Pelakon, Jennie Dijemput Ke ‘Festival Filem Cannes’ Untuk ‘The Idol’

Siap sedia semua untuk saksikan penampilan Jennie BLACKPINK sebagai seorang pelakon!

Bagi yang belum tahu, Jennie akan membuat debutnya sebagai seorang pelakon dalam siri HBO “The Idol”, bakal ditayangkan pada Jun ini.

Terbaru, idola itu dilapor akan menghadiri ’76th Cannes Film Festival’ bersama pelakon lain drama tersebut seperti Lily-Rose Depp, The Weeknd, Troye Sivan dan Dan Levy.

Tidak lama kemudian, YG Entertainment memberi respon mengenai laporan berkenaan,

Dia telah dijemput ke festival filem itu namun, keputusan sama ada dia akan hadir atau tidak masih belum diputuskan.

jennie the idol

Dengan ini, Jennie telah menyertai IU dan Im Si-wan sebagai satu-satunya penyanyi Korea yang dijemput ke Festival Filem Cannes.

Agak-agak Jennie akan pergi tak?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...