Utama Celebrity News Debut Jennie BLACKPINK Sebagai Pelakon, Siri HBO Max ‘The Idol’ Bakal Tayang...

Debut Jennie BLACKPINK Sebagai Pelakon, Siri HBO Max ‘The Idol’ Bakal Tayang Jun Ini

jennie the idol

Siap sedia semua untuk tonton lakonan Jennie BLACKPINK buat kali pertama!

Terbaru, HBO Max telah mengumumkan bahawa siri “The Idol” terbitan penyanyi pop The Weeknd akan ditayangkan pada 2023 ini. Ketika sesi temu bual dengan media asing, pasukan produksi berkongsi,

‘The Idol’ akan dikeluarkan pada bulan Jun nanti.

Untuk pengetahuan, “The Idol” akan menceritakan tentang dunia industri bintang idola pop popular, diterbitkan bersama The Weeknd dan pengarah Sam Levinson, yang pernah mengarah siri HBO popular “Euphoria”.

Khususnya, drama tersebut telah menarik perhatian ramai memandangkan ini adalah debut Jennie sebagai seorang pelakon, dan akan turut disertai bintang terkemuka lain seperti Lily Rose Depp, Able Tespay dan Troye Sivan.

Nantikan “The Idol” bakal ditayangkan pada bulan Jun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERStar News
Loading...