Ikuti Kami:

Tayangan Perdana ‘Reborn Rich’ Raih Rating Kedua Tertinggi Dalam Sejarah JTBC

Tayangan Perdana ‘Reborn Rich’ Raih Rating Kedua Tertinggi Dalam Sejarah JTBC

Seperti dijangka, drama “Reborn Rich” lakonan Song Joong-ki berjaya membuka langkahnya dengan baik.

Terbaru, siri JTBC itu mencapai rating tertinggi bagi mana-mana tayangan perdana saluran berkenaan untuk tahun ini. Menurut Nielsen Korea, episod pertamanya itu meraih purata rating 6.1% di keseluruhan negara.

Bukan itu sahaja, ia mencatatkan rating kedua tertinggi bagi tayangan perdana dalam sejarah saluran JTBC di mana takhtanya masih diduduki selesa oleh “The World Of The Married” dengan rekod 6.3% pada 2 tahun lalu.

song joongki reborn rich

Untuk pengetahuan, “Reborn Rich” membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya, yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut. Ianya diterajui pelakon hebat seperti Song Joong-ki, Shin Hyun-bin, Lee Sung-min dan ramai lagi.

Korang dah layan belum episod awalnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...