Utama K-Pop Pengarah Kongsi Song Joongki & Shin Hyunbin Akan Ada Babak ‘Panas’ Dalam...

Pengarah Kongsi Song Joongki & Shin Hyunbin Akan Ada Babak ‘Panas’ Dalam ‘Reborn Rich’

jtbc reborn rich

Siap sedia semua, drama “Reborn Rich” bakal menemui penonton tak lama lagi!

Bagi yang belum tahu, “Reborn Rich” membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya, yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut. Ianya akan diterajui pelakon hebat seperti Song Joong-ki, Shin Hyun-been, Lee Sung-min dan ramai lagi.

Terbaru, “Reborn Rich” telah mengadakan sidang akhbar yang dihadiri pelakon utama Song Joong-ki, Lee Sung-min dan Shin Hyun-bin serta pengarah Jung Dae-yoon.

Ketika sesi temu bual, pengarah berkongsi tentang babak romantik antara Song Joong-ki dan Shin Hyun-bin dalam siri tersebut. Jelasnya,

Ada kisah percintaan. Ia mungkin akan menjadi ‘panas’.

song joongki

Memainkan watak sebagai bekas setiausaha dan anak bongsu dalam keluarga chaebol, Song Joong-ki mengulas tentang peranannya,

Saya dikatakan telah dinaikkan pangkat sebab membawa dua peranan, tetapi saya tidak fikir itu benar. Satu orang mengembara ke masa lalu, jadi saya bertindak sambil berfikir bahawa mereka adalah orang yang sama.

Dalam pada itu, “Reborn Rich” akan mula ditayangkan pada 18 November ini, dan bakal disiarkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBER10 Asia
Loading...