Ikuti Kami:

Tayangan Penuh Pada 5 Ogos Ini, Netflix Kongsi Teaser Filem ‘Carter’

Tayangan Penuh Pada 5 Ogos Ini, Netflix Kongsi Teaser Filem ‘Carter’

Gabungan antara filem “Jason Bourne” dan “Mission: Impossible” namun dengan sedikit sentuhan elemen Korea, Netflix siarkan teaser filem “Carter”! Waw!

Baru-baru ini, jika dilihat di laman Twitter Netflix Korea, satu video teaser telah dimuat naik iaitu teaser bagi filem “Carter”. “Carter” merupakan filem asal Korea dan dikhabarkan bakal ditayangkan pada tahun ini.

Filem ini diarahkan oleh pengarah hebat, Jung Byun-gil dan bakal diterajui oleh pelakon Joo Won. “Carter” juga merupakan penghasilan daripada Apeitda Production dan dijangkakan bakal bertemu penonton secara global pada 5 Ogos tahun ini.

Carter lakonan Joo Won merupakan seorang ejen yang sedar setelah sekian lama namun hilang ingatan mengenai masa lalunya. Mindanya mempunyai suara misteri yang memberi arahan untuk menjalankan misi-misi khas. Dia perlu menyelamatkan seorang gadis yang merupakan satu-satunya penawar kepada satu virus dan dia perlu mendahului CIA serta rampasan kuasa Korea Utara.

Filem aksi itu akan memaparkan kejadian wabak maut yang berasal dari zon demilitarisasi antara kedua-dua bahagian Korea. Wabak itu telah memusnahkan Amerika Syarikat dan Korea Utara. Ejen Carter perlu mempertaruhkan nyawanya sambil memikirkan identitinya sendiri.

Wah, menarik kan? Tak sabarnya nak tengok Ejen Carter!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...