Mesti ramai yang dah teruja nak saksikan gandingan antara Lee Seung-gi dan Lee Se-young dalam drama “The Law Cafe”, kan?

Untuk pengetahuan, “The Law Cafe” ialah drama percintaan undang-undang yang menggambarkan kisah Kim Jung-ho (Lee Seung-gi), bekas pendakwa raya yang kini menjadi pemilik bangunan, dan Kim Yu-ri (Lee Se-young), seorang peguam dengan personaliti 4-D. Cerita ini akan memberi tumpuan kepada peristiwa yang mengelilingi firma guaman yang juga beroperasi sebagai kafe.
Terbaru, Lee Seung-gi dan Lee Se-young telah tampil sebagai tetamu dalam program radio “Lee Gi-kwang’s Music Plaza”. Dalam siaran tersebut, Lee Se-young memperkenalkan wataknya Kim Yu-ri iaitu seorang peguam yang meletakkan jawatan dari firma guaman besar untuk membuka Kafe Undang-undang. Kongsinya,
Dia membuka kafe untuk mewujudkan ruang yang selesa untuk orang yang memerlukan bantuan tetapi tidak tahu bagaimana untuk berbuat demikian untuk datang dan mendapatkan kaunseling.
Kemudian, Lee Seung-gi turut menjelaskan tentang wataknya sebagai Kim Jung-ho iaitu seorang bekas pendakwa raya dan pemilik bangunan yang disewa oleh Kim Yu-ri. Pelakon itu berkata,
Ini pastinya watak paling bijak pernah saya lakonkan. Saya sentiasa mahu mencabar memainkan peranan genius tetapi ia hanya datang kepada saya 18 tahun selepas debut. Ia adalah watak individu yang berhenti kerja sebagai pendakwa raya dan bermimpi untuk membuat kelainan dalam hidupnya semasa menulis novel web.
Dalam pada itu, “The Law Cafe” juga merupakan drama reunion Lee Seung-gi dan Lee Se-young selepas “A Korean Odyssey”. Bersatu semula untuk drama baru, Lee Se-young berkongsi,
Saya memainkan watak zombie yang bertukar menjadi penjahat dalam ‘A Korean Odyssey’, tetapi Lee Seung-gi selalu menyapa saya dengan sopan sehingga saya berasa sedikit janggal dengannya pada mulanya, tetapi kami rapat dan selesa sekarang. Dia sangat baik dan saya mahu bekerjasama dengannya semula.
Lee Seung-gi juga memuji Lee Se-young dengan berkata,
Se-young sangat fleksibel dan dia sentiasa bekerjasama dengan pengarah dan pelakon lain dengan sikap berfikiran terbuka.
Jangan lupa tonton “The Law Cafe” mula ditayangkan pada 5 September setiap Isnin dan Selasa menerusi Viu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.