Ikuti Kami:

Ada Ramai Pelakon Hebat, Tonton 10 K-Drama Pelbagai Genre September Ini

Ada Ramai Pelakon Hebat, Tonton 10 K-Drama Pelbagai Genre September Ini

Selepas pelbagai K-Drama menarik ditayangkan pada bulan Ogos, pasti ramai yang menantikan drama akan datang pada September nanti.

Pada bulan September ini, akan ada banyak drama pelbagai genre, dengan ramai pelakon hebat, akan menemui penonton.

Jom lihat antara K-Drama yang bakal disiarkan pada bulan September:

1. LITTLE WOMEN

Pelakon utama: Kim Go-eun, Nam Ji-hyun, Park Ji-hoo, Wi Ha-joon

Tarikh tayangan: 3 September 2022

Platform: tvN, Netflix

“Little Women” akan mengisahkan mengenai tiga orang beradik yang membesar dalam kemiskinan. Drama itu dijangka bakal mempamerkan jalan cerita yang mengujakan di mana mereka bertiga berhadapan dengan isu yang melibatkan keluarga terkaya di daerah mereka.

2. THE LAW CAFE 

Pelakon utama: Lee Seung-gi, Lee Se-young

Tarikh tayangan: 5 September 2022

Platform: KBS, Viu

“The Law Cafe” ialah drama percintaan undang-undang yang menggambarkan kisah Kim Jung-ho (Lee Seung-gi), bekas pendakwa raya yang kini menjadi pemilik bangunan, dan Kim Yu-ri (Lee Se-young), seorang peguam dengan personaliti 4-D. Cerita ini akan memberi tumpuan kepada peristiwa yang mengelilingi firma guaman yang juga beroperasi sebagai kafe.

3. NARCO_SAINTS

Pelakon utama: Ha Jung-woo, Hwang Jung-min, Park Hae-soo, Jo Woo-jin, Yoo Yeon-seok

Tarikh tayangan: 9 September 2022

Platform: Netflix

“Narco-Saints” mengisahkan mengenai seorang ‘raja’ dadah yang beroperasi di Amerika Syarikat namun, aktivitinya mula menjadi tumpuan Perkhidmatan Perisikan Negara. Pihak Perkhidmatan Perisikan Negara pula telah meminta bantuan seorang usahawan biasa untuk meletakkan sasaran jualannya di Suriname, namun dia turut terjebak ke dalam dunia jenayah dadah.

4. ONE DOLLAR LAWYER

https://www.youtube.com/watch?v=TgJ3krMpfBE

Pelakon utama: Nam Goong-min, Kim Ji-eun

Tarikh tayangan: 23 September 2022

Platform: SBS

“One Dollar Lawyer” membawa kisah seorang peguam daif yang mempunyai kadar bayaran sebanyak 1,000 won sahaja dan adalah yang terbaik, melawan peguam kaya dan mahal.

5. LOVE IN CONTRACT

Pelakon utama: Park Min-young, Go Kyung-pyo, Kim Jae-young

Tarikh tayangan: 21 September 2022

Platform: tvN

“Love in Contract” adalah drama mengenai perkhidmatan pembantu yang menyediakan isteri kepada orang bujang, yang memerlukan pasangan untuk dibawa ke perhimpunan pasangan suami isteri dan perjumpaan sekolah.

6. ONCE UPON A SMALL TOWN

Pelakon utama: Choo Young-woo, Joy RED VELVET, Baek Sung-chul

Tarikh tayangan: 5 September 2022

Platform: KBS, Netflix

“Once Upon a Small Town” ialah drama adaptasi webtoon, yang berkisarkan tentang doktor haiwan asal Seoul Han Ji-yul (Choo Young-woo), yang tiba-tiba berpindah ke Heedong-ri, sebuah kampung luar bandar di Kangchon. Ia merupakan kisah cinta yang menyembuhkan antara dua watak utama, yang melegakan kesakitan antara satu sama lain dalam suasana hangat di luar bandar.

7. MENTAL COACH JEGAL

Pelakon utama: Jung Woo, Lee Yoo-mi, Kwon Yul, Park Se-young

Tarikh tayangan: 12 September

Platform: tvN

“Mental Coach Jegal” membawa kisah seorang atlet taekwando yang dibuang kerana satu insiden, dan kembali sebagai jurulatih mental buat pasukan kebangsaan bagi melawan dunia, di mana hanya yang pertama akan dapat segalanya.

8. BLIND 

Pelakon utama: Ok Taec-yeon, Ha Seok-jin, Jeong Eun-ji

Tarikh tayangan: 16 September 2022

Platform: tvN

“Blind” membawa kisah sekumpulan individu yang menjadi mangsa dan pemangsa biasa yang tidak mahukan kebenaran terbongkar. Drama ini berkisarkan individu yang merupakan detektif, hakim, pelajar undang-undang dan juri.

9. MAY IT PLEASE THE COURT

https://www.youtube.com/watch?v=UtI9cNSGZ10

Pelakon utama: Jung Ryeo-won, Lee Kyu-hung, Jung Jin-young

Tarikh tayangan: TBA

Platform: Disney+

“May It Please The Court” mengikuti kisah dua peguam yang terpaksa bekerjasama selepas mereka membongkar siri konspirasi yang akan menggagalkan kes mereka.

10. THE GOLDEN SPOON

Pelakon utama: Yook Sung-jae, Lee Jong-won, Jung Chae-yeon, Yeonwoo

Tarikh tayangan: 23 September 2022

Platform: MBC

“The Golden Spoon” ialah kisah pengembaraan fantasi tentang seorang lelaki muda yang dilahirkan dalam keluarga miskin. Suatu hari, dia menjumpai sudu emas dan tiba-tiba bertukar tempat dengan seorang kawan yang dilahirkan dalam keluarga kaya.

Makin sibuk la bulan September ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...