Ikuti Kami:

Tayang Hari Ini, Choi Sooyoung & Ji Changwook Harap ‘If You Wish Upon Me’ Berjaya Tambat Hati Penonton

Tayang Hari Ini, Choi Sooyoung & Ji Changwook Harap ‘If You Wish Upon Me’ Berjaya Tambat Hati Penonton

Korang tahu tak pasal drama terbaru “If You Wish Upon Me”? Ha, baru-baru ini, teraju utama drama tersebut, Choi Soo-young dan Ji Chang-wook tampil dalam satu sesi temu ramah untuk mempromosikan drama tersebut.

Choi Soo-young dan Ji Chang-wook tampil dalam satu siaran radio KBS, Cool FM iaitu “Park Myung-soo’s Radio Show” bersama DJ radio terkenal Park Myung-soo.

Mungkin ada yang belum tahu mengenai drama ini, di mana “If You Wish Upon Me” ada healing drama yang mengisahkan mengenai pegawai kesihatan di sebuah hospital yang ingin memenuhi keinginan terakhir mereka sebelum menemui penghujung kehidupan masing-masing. Menerusi drama ini,  Ji Chang-wook memegang watak sebagai Yoon Gyeo-rye, seorang sukarelawan dan Choi Soo-young memegang watak sebagai Seo Yeon-joo, seorang jururawat di hospital tersebut.

sooyoungBerkongsi mengenai pelancaran drama tersebut, Choi Soo-young berkata bahawa dia meletakkan jangkaan yang tinggi untuk tayangan pertama drama tersebut agar mencecah lebih daripada 5 peratus rating.

Saya percaya permulaan drama ini akan bermula dengan baik dan mencapai jangkaan para peminat. Saya juga sering menonton drama yang merupakan lakonan saya bersama ibu saya. Ibu seorang yang sangat teliti dalam menilai mutu lakonan saya, malah dia juga berkata bahawa dia turut mempunyai jangkaan untuk drama ini terus berjaya untuk siaran episod yang lain juga. 

Mereka berdua juga berkongsi bahawa mereka baru sahaja berkerjasama buat pertama kalinya. Apabila ditanya mengenai tanggapan terhadap lakonan masing-masing, Choi Soo-young berkata,

Saya dengar daripada pelakon Choi Tae-joon yang pernah bergandingan dengan saya sebelum ini, dia kerap memuji Ji Chang-wook. Saya tahu mereka berdua rapat jadi saya dapat rasakan bahawa kami akan senang untuk berkerjasama kelak. 

changwookDalam pada itu, Ji Chang-wook sempat menambah,

Saya juga sudah beberapa kali mendengar cerita baik mengenai Choi Soo-young, jadi saya sudah menjangkakan bagaimana personaliti dia jika kami bertemu. Saya sangat selesa dan senang dapat berkerjasama dengannya. Setelah melalui beberapa proses membaca skrip dan sebagainya, kami menjadi lebih dekat. Memandangkan sesi penggambaran juga sudah tamat, kami sekarang memanggil masing-masing dengan gelaran yang selesa tanpa perlu bersikap formal.  

Mereka turut meluahkan jangkaan mereka daripada reaksi peminat terhadap drama ini. Choi Soo-young berkata,

Drama ini mengandungi kisah yang berlainan untuk setiap pesakit dan ianya sangat menarik kerana anda dapat lihat ragam pesakit yang berlainan dalam setiap episod. Saya harap anda akan tengok drama ini dengan penuh minat. 

if you wish upon meJi Chang-wook turut berkata,

Ini adalah comeback saya setelah sekian lama dalam drama. Kami akhirnya menghabiskan penggambaran setelah 9 bulan. Jadi saya harap peminat akan terus menyokong drama ini.

Ha, bukan senang tau kita dapat tengok gandingan ini. Korang jangan terlepas episod pertama “If You Wish Upon Me” okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...