Ikuti Kami:

Bakal Tayang Ogos Ini, Ji Changwook & Sooyoung Ulas Keserasian Pelakon ‘If You Wish Upon Me’

Bakal Tayang Ogos Ini, Ji Changwook & Sooyoung Ulas Keserasian Pelakon ‘If You Wish Upon Me’

Mesti ramai kan yang dah teruja nak tonton drama baharu Ji Chang-wook?

Untuk pengetahuan, Ji Chang-wook akan membintangi drama “If You Wish Upon Me”, yang diinspirasikan mengenai sebuah organisasi sebenar di Belanda yang merealisasikan impian pesakit kanser yang membawa maut. Kisah menyentuh hati akan diceritakan apabila seorang lelaki muda yang ditolak ke hadnya kerana kesusahan hidup dan diminta ke hospis oleh perkhidmatan komuniti dan menyertai kakitangan hospital, untuk memastikan impian para pesakit menjadi kenyataan di penghujung hidup mereka. Drama ini turut dibintangi Sung Dong-il, Choi Soo-young dan Won Ji-an.

Ketika temu bual baru-baru ini, Ji Chang-wook mendedahkan keserasian semua pelakon di set penggambaran. Kongsinya,

Semua pelakon termasuk Sung Dong-il, Soo-young, dan Won Ji-an mempunyai ‘chemistry’ yang sempurna sejak penggambaran pertama. Ia adalah set yang hangat dan menyeronokkan seperti drama itu.

kbs if you wish upon me

Sambung Ji Chang-wook,

Disebabkan berlatarbelakangkan hospital hospis, saya dapat berjumpa dengan ramai pelakon, dan ia akan menjadi bising apabila kami berkumpul bersama sehingga pengarah pun mengalami masa yang sukar. Begitulah hebatnya suasana itu. Saya berharap tenaga positif yang saya rasakan di set dapat disampaikan dengan baik kepada penonton juga.

Soo-young GIRLS’ GENERATION turut akan membintangi drama ini sebagai seorang jururawat yang tabah dan ceria di hospis, Seo Yeon-joo. Dia berkongsi rasa terujanya,

Saya teruja sebelum membaca skrip selepas mendengar berita bahawa saya akan bekerjasama dengan orang yang saya peminat. Kami berkongsi idea secara bebas di set, dan semua orang menerima semua ad-lib saya, jadi saya membuat penggambaran dengan menyeronokkan.

kbs if you wish upon me

Pelakon dan idola itu turut berkongsi penggambaran drama itu dapat dilakukan dengan sangat seronok. Jelasnya,

Dalam adegan di mana Team Genie berkumpul bersama, saya membuat penggambaran sambil tersenyum setiap saat seolah-olah saya bersama keluarga. Saya merindui mereka dari semasa ke semasa kerana kami membuat penggambaran dengan menyeronokkan sambil bertimbang rasa antara satu sama lain.

Tonton “If You Wish Upon Me” pada 10 Ogos ini di KBS dan Viu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...