Ikuti Kami:

Tayang Disember Ini, Bahagian 2 ‘Alchemy Of Souls’ Tamat Penggambaran

Tayang Disember Ini, Bahagian 2 ‘Alchemy Of Souls’ Tamat Penggambaran

Akhirnya, bahagian 2 drama “Alchemy of Souls” bakal menemui penonton tak lama lagi!

Menurut laporan pada 7 Oktober, pasukan “Alchemy of Souls” telah menamatkan semua penggambaran untuk bahagian 2 drama tersebut dan akan meluangkan masa yang baik bersama sebagai ganjaran atas kerja keras mereka.

Selain itu, pasukan produksi dan pelakon “Alchemy of Souls” turut merancang untuk mengadakan majlis penutupan di suatu tempat di Seoul pada 9 Oktober nanti, bagi meraikan tamatnya penggambaran mereka selepas lebih satu tahun kerja keras.

alchemy of souls 2

Untuk pengetahuan, bahagian kedua ini akan dipanggil “Alchemy Of Souls: Light & Shadow” di mana penting untuk menyaksikan sekiranya Jang Uk mengenali Nak-su yang kembali ke badan asalnya.

Nantikan bahagian 2 “Alchemy of Souls” bakal bersiaran pada Disember nanti dengan 10 episod sahaja!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...