Ikuti Kami:

“Tak Dapat Dibayangkan..” – Shin Seungho Kongsi ‘Spoiler’ Bahagian 2 ‘Alchemy Of Souls’

“Tak Dapat Dibayangkan..” – Shin Seungho Kongsi ‘Spoiler’ Bahagian 2 ‘Alchemy Of Souls’

Mempunyai ending yang penuh misteri, mesti ramai yang teruja untuk nantikan bahagian 2 “Alchemy of Souls”.

Baru-baru ini, Shin Seung-ho salah seorang pelakon dari “Alchemy of Souls” telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual untuk majalah Esquire Korea.

Ketika sesi temu bual, Shin Seung-ho berkongsi suasana di set penggambaran drama “Alchemy of Souls”, dengan mengatakan,

Ia sentiasa menyeronokkan di set. Sebab kami kawan sebaya dan kami sangat rapat antara satu sama lain. Saya ingin pergi melancong dengan semua orang, tetapi ia tidak akan mudah kerana setiap orang mempunyai jadual yang berbeza.

alchemy of souls 2

Untuk pengetahuan, pelakon itu juga sedang menjalani penggambaran bahagian kedua “Alchemy of Souls”. Ketika ditanya tentang apa yang akan berlaku dalam bahagian kedua drama itu nanti, Shin Seung-ho mendedahkan,

Ramai orang di sekeliling saya bertanya tentang perkara ini. Saya hanya boleh memberitahu anda satu perkara ini. Mungkin, perkara yang tidak dapat dibayangkan akan berlaku.

Dalam pada itu, bahagian kedua ini akan dipanggil “Alchemy Of Souls: Light & Shadow” di mana penting untuk menyaksikan sekiranya Jang Uk mengenali Nak-su yang kembali ke badan asalnya. Ianya sedang dalam penggambaran kini dan bakal bersiaran pada Disember nanti dengan 10 episod sahaja.

Tak sabarnya nak tunggu bulan Disember ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...