Siapa penonton setia drama “Taxi Driver”? Ada berita gembira buat korang!
Pada 9 Jun, SBS secara rasmi mengumumkan bahawa “Taxi Driver” akan menemui penonton dengan musim kedua.
Drama Jumaat-Sabtu ‘Taxi Driver’ yang digemari penonton akan melancarkan musim ke-2. Dengan matlamat untuk ditayangkan, kami memulakan produksi berskala penuh.
Pihak produksi turut menyatakan,
Kami telah menyediakan segala-galanya untuk menunjukkan musim 2 yang lebih menarik dan mendalam demi membalas kasih sayang yang telah anda berikan kepada kami untuk musim 1. Sila beri perhatian.
Bagi yang belum tahu, “Taxi Driver” ialah sebuah drama pembalasan dendam di mana sekumpulan individu di bawah Rainbow dan pemandu teksi Kim Do-gi membalas dendam bagi pihak mangsa yang teraniaya.
Pelakon yang telah disahkan akan terlibat untuk musim kedua siri ini adalah Lee Je-hoon, Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin, Jang Hyuk-jin dan Bae Yoo-ram.
Nantikan “Taxi Driver 2” akan disiarkan pada separuh pertama 2023 nanti!