Ikuti Kami:

Masalah Jadual, Esom Undur Diri Dari ‘Taxi Driver 2’

Masalah Jadual, Esom Undur Diri Dari ‘Taxi Driver 2’

Nampaknya akan ada seorang pelakon asal “Taxi Driver” yang tidak dapat menyertai musim kedua nanti.

Selepas khaar angin ini bertiup kencang di dalam media pada pagi ini, agensi Esom akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi,

Esom sudah berbincang mengenai kemunculannya di dalam ‘Taxi Driver 2’ tapi dia mengalami kesukaran untuk menyusun jadual, jadi dia memilih untuk tidak menyertainya.

Untuk pengetahuan, “Taxi Driver” ialah sebuah drama pembalasan dendam di mana sekumpulan individu di bawah Rainbow dan pemandu teksi Kim Do-gi membalas dendam bagi pihak mangsa yang teraniaya.

sbs taxi driver 2Drama ini mendapat perhatian ramai semasa ditayangkan pada tahun lalu hingga berjaya meraih rating sebanyak 16%.

Di dalam drama itu, Esom membawa watak Kang Ha-na iaitu seorang pendakwaraya berdarah panas yang hanya mengejar kebenaran.

Setakat ini, masih belum dipastikan sama ada watak Kang Ha-na akan digantikan dengan pelakon lain ataupun akan ada watak baru menyertai drama ini.

Sayangnya…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...