Akhirnya musim ketiga “Taxi Driver” mungkin akan menemui penonton tak lama lagi.
Menurut laporan eksklusif, Lee Je-hoon, Pyo Ye-jin, dan Kim Eui Sung telah mengesahkan kemunculan mereka dalam ‘Taxi Driver 3″.
Walaupun produksi untuk drama ini telah disahkan pada April tahun lalu, status pemilihan pelakon masih tidak dipastikan. Namun, ketiga-tiga pelakon utama dari siri itu iaitu Lee Je-hoon, Pyo Ye-jin dan Kim Eui-sung dikhabarkan memutuskan untuk kembali untuk musim ketiga.
Siri “Taxi Driver” diadaptasi dari webtoon dengan judul yang sama, mengisahkan syarikat teksi rahsia Rainbow Taxi dan pemandu teksi Kim Do-gi yang membalas dendam bagi pihak mangsa yang teraniaya.
Khabarnya, siri ini akan memulakan penggambaran pada penghujung tahun ini sebelum menemui penonton pada 2025.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.