Berita baik untuk peminat Lee Je-hoon!
Dalam sebuah temubual khas, pelakon lelaki tersebut telah mendedahkan karya yang sedang menantinya. Akui Lee Je-hoon, dia sedang bekerja keras untuk musim ke-2 “Signal” dan musim ketiga “Taxi Driver 3”.
Jelasnya, dia sudah pun membaca bahagian skrip awal “Signal 2”,
Apa yang boleh saya katakan ialah ia gila. Saya pasti ia akan menjadi karya yang akan menunjukkan kepada orang lebih daripada apa yang mereka bayangkan.
Lee Je-hoon mengakui bahawa penulis skrip Kim Eun-hee berjaya meneruskan legasinya dan semua pasti akan terpukau apabila menontonnya nanti.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.