Ikuti Kami:

Tawar Tempat Duduk, Sikap ‘Gentleman’ Lee Jaewook Terhadap Karina aespa Dipuji Peminat

Tawar Tempat Duduk, Sikap ‘Gentleman’ Lee Jaewook Terhadap Karina aespa Dipuji Peminat

Lee Jae-wook telah dipuji kerana ‘menjaga’ Karina aespa dengan baik di pertunjukan fesyen di Milan.

Baru-baru ini, Lee Jae-wook dan Karina aespa telah menghadiri pertunjukan fesyen Prada di Milan, membuatkan peminat teruja dengan keserasian visual mereka.

Bukan sahaja kedua-dua mereka duduk bersebelahan sepanjang persembahan, mereka juga kelihatan sering berinteraksi selepas ianya tamat.

Malah, Lee Jae-wook juga kelihatan telah menjaga Karina kerana mereka adalah satu-satunya selebriti Korea di barisan hadapan serta ahli aespa tersebut merupakan antara wanita yang dijemput untuk melihat pertunjukan pakaian lelaki.

Lee Jae-wook juga telah dipuji kerana tindakannya yang lemah lembut terhadap Karina serta mengajak penyanyi tersebut untuk duduk di mejanya di kafe Prada selepas dia menyedari bahawa ahli aespa itu tidak mempunyai tempat duduk.

Tambahan pula, keadaan kafe itu yang panas dan sesak membuat rata-rata selebriti ingin mencari tempat berehat buat sementara. Namun, Lee Jae-wook telah kelihatan menawarkan Karina untuk duduk di mejanya terlebih dahulu.

Pelakon itu turut menghulurkan tangannya untuk melindungi Karina dan membimbingnya ke tempat duduk tanpa menyentuh ahli aespa tersebut.

Ianya sekaligus membuatkan ramai peminat Karina berterima kasih kepada Lee Jae-wook kerana menjaganya.

Baiknya Lee Jae-wook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...