Ikuti Kami:

Diterajui Lee Jaewook & Lee Junyoung, ‘Royal Roader’ Akan Temui Peminat Februari Ini

Diterajui Lee Jaewook & Lee Junyoung, ‘Royal Roader’ Akan Temui Peminat Februari Ini

Drama terbaru Lee Jae-wook dan Lee Jun-young “Royal Reader” akan mula ditayangkan tak lama lagi.

“Royal Roader” menggambarkan tentang permainan kejam yang dimainkan oleh orang luar yang lahir dari kelas bawahan untuk menjadi ‘Roaders Diraja’ di kasta teratas.

Siri ini telah mendapat perhatian ramai selepas mengumumkan bahawa watak utamanya akan dilakonkan oleh Lee Jae-wook, Lee Jun-young dan Hong Su-zu.

Lee Jae-wook yang telah libat secara aktif dalam pelbagai genre daripada drama moden hingga sejarah seperti “Death’s Game” dan “Alchemy of Souls” akan membawa watak sebagai lelaki berhati dingin yang bernama Han Tae-oh.

royal roader

Manakala Lee Jun-young yang terkenal dengan lakonan luar biasanya di dalam pelbagai karya akan mengambil peranan sebagai Kang In-ha, seorang lelaki yang berwatak kompleks di mana kebaikan dan kejahatan wujud bersama.

Dalam masa yang sama, gabungan diantara kedua-dua pelakon ini dijangka akan mewujudkan keserasian yang hebat dan drama “Royal Roader” ini akan mula ditayangkan di seluruh dunia pada Februari 2024 menerusi Disney+.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...