Ikuti Kami:

Kisah Peguam Buruh, Seol Inah Dilamar Sertai Jung Kyungho Dalam ‘Labor Attorney Noh Mujin’

Kisah Peguam Buruh, Seol Inah Dilamar Sertai Jung Kyungho Dalam ‘Labor Attorney Noh Mujin’

Seol In-ah dikatakan bakal sertai Jung Kyung-ho di dalam drama yang akan datang!

Menurut media pada 8 Januari, Seol In-ah dikatakan telah dilamar untuk memegang watak wanita utama di dalam drama “Labor Attorney Noh Mu-jin”.

Drama yang ditulis oleh penulis skrip “D.P.” ini mengisahkan tentang seorang peguam buruh. Di mana drama ini akan menunjukkan konflik yang berlaku di pelbagai jenis tempat pekerjaan serta hubungan sesama manusia.

Terlebih dahulu, pelakon Jung Kyung-ho dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai drama ini sebagai watak utama iaitu Noh Mu-jin.

Seol In-ah sebelum ini telah meninggalkan kesan yang mendalam di dalam dunia lakonan selepas membawa pelbagai watak di dalam drama-drama terkenal seperti “Mr. Queen”, “Business Proposal” dan “Twinkling Watermelon”.

labor attorney seol inah

Malah, pelakon wanita tersebut juga telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya teruja dengan projek Seol In-ah yang akan datang.

Namun, sehingga kini agensi pelakon tersebut iaitu GOLDMEDALIST masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai penglibatan Seol In-ah di dalam drama tersebut.

Wah! Mesti gempak kan kalau Seol In-ah jadi peguam.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...