Peminat pasti tahu bahawa sebelum debut menjadi pelakon, Han So-hee mempunyai tatu yang banyak di keseluruhan badannya.
Baru-baru ini, Han So-hee telah pergi ke Paris bagi menghadiri acara jenama aksesori mewah ‘Boucheron’.
Setibanya pelakon itu di Lapangan Terbang Incheon dari Paris, wanita tersebut telah menarik perhatian ramai dengan tubuhnya yang dipenuhi tatu bunga dan rama-rama, di bahagian leher, lengan dan tulang selangkanya.
โซฮีใช้แทททูที่ทางบ้านส่งไปให้จริงๆด้วยค่ะ ตอนแรกไม่มั่นใจแต่พอเห็นปลาคือใช่แน่นอน 💘😭 pic.twitter.com/1LmdBGbmyd
— HAN SOHEE THAILAND (@HansoheeTH) July 8, 2023
Dengan ini, netizen rata-rata tertanya sama ada ia adalah tatu sebenar atau palsu memandangkan pelakon itu pernah mempunyai tatu di badannya sebelum ini.
Sebagai tindak balas, seorang peminat berkongsi bahawa tatu itu adalah tatu stiker dan merupakan hadiahnya kepada Han So-hee.
Makin nampak hot Han So-hee bila ada tatu!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉