Sebagai seorang selebriti, Han So-hee nampaknya setia membalas jasa peminat yang sering menyokongnya.
Baru-baru ini, Han So-hee telah pergi ke Paris, bagi menghadiri acara jenama aksesori mewah ‘Boucheron’.
Semasa di Paris, pelakon itu nampaknya dengan rela hati menunaikan permintaan peminat untuk menandatangani autograf di jalanan dan sentiasa murah dengan senyuman.
Dalam satu video yang dikongsi peminat di TikTok, Han So-hee dilihat duduk dan berlutut di atas tanah bagi memberikan tandatangannya, meraih pujian ramai atas sikap rendah diri dan mesranya kepada peminat.
Han Sohee signed a polaroid and phone case for a fan. Our pretty Sohee
: phonecase too? Really?
https://t.co/v196uzTTl6#HanSohee #한소희 pic.twitter.com/vMya5sCZkD
— Han Sohee Global (@hansoheeglobal) July 7, 2023
Meninjau di ruangan komen, netizen rata-rata memuji pelakon berumur 29 tahun itu dengan menulis,
Apabila dia melutut untuk menandatangani foto itu adalah sangat comel.
Dia sangat rendah diri sampai sanggup melutut. Saya sayang dia!
Awak sangat bertuah. Han So-hee juga sangat sweet kepada peminatnya.
Cantiknya Han So-hee!
Untungnya peminat tu!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉