“Tatu Betul Ke Tu?” – Peminat Teruja Lihat Badan Han Sohee Dipenuhi Tatu
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Peminat pasti tahu bahawa sebelum menjadi seorang pelakon, Han So-hee mempunyai banyak tatu di badannya.
Terbaru pada 4 Julai, Han So-hee telah memuat naik beberapa foto di laman Instagram miliknya, berkongsi kepada peminat momen percutiannya ketika di Paris.
Menarik perhatian, dalam gambar yang dikongsi, pelakon “My Name” itu memakai baju yang mendedahkan bahagian atas badannya dan turut memaparkan tatu bunga di leher, lengan serta dadanya.
Menerusi ruangan komen, peminat menulis,
So-hee di era tatunya adalah sangat ikonik.
Saya sangat suka semua tatu awak 🦋🌺💜🥰
Adakah itu tatu sebenar? Ia sangat cantik.
Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan bahawa ia hanyalah stiker tatu dan bukan tatu sebenar.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




