Ikuti Kami:

Tarik Diri Dari Program Idola Korea ‘Universe Ticket’, Alyssa Kembali Menari K-POP Di Jalanan KL

Tarik Diri Dari Program Idola Korea ‘Universe Ticket’, Alyssa Kembali Menari K-POP Di Jalanan KL

Bukan mudah untuk menceburkan diri dalam dunia idola Korea. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, termasuklah jadual latihan yang ketat dan memenatkan.

Baru-baru ini, Malaysia menumpang rasa bangga apabila seorang anak tempatan berusia 18 tahun iaitu Alyssa dilihat menjadi calon dalam program survival idola di Korea iaitu “Universe Ticket”.

Berentap dengan 80 peserta lain dari Korea dan serata dunia termasuklah Indonesia, Filipina, Mongolia, Jepun dan lain-lain, ternyata semua memberikan sokongan penuh untuk Alyssa dek bakat yang tak mampu disangkal semua.

Pun begitu, tanpa disangka, gadis itu diumumkan mengundurkan diri dari pertandingan berkenaan selepas baru dua episod “Universe Ticket” bersiaran. Malah alasannya langsung tak didedahkan kepada umum meskipun Alyssa beberapa kali melakukan siaran langsung di Instagram dan TikTok peribadinya.

Terbaru, dia kelihatan kembali aktif menari bersama kumpulan cover yang dianggotainya di Malaysia iaitu Mystic Dance Crew. Sebelum ini, Ayssa memang aktif bersama kru berkenaan selain sering menyertai pelbagai pertandingan cover K-Pop di sini.

Baru-baru ini, mereka telah menari lagu ‘Baddie’ dari IVE di hadapan Pavilion KL dan ternyata ianya mendapat sambutan baik dari orang ramai. Malah peminat tak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Alyssa.

Semoga makin maju jaya Alyssa dan krunya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...