Ikuti Kami:

Selepas Diumum Tarik Diri Dari ‘Universe Ticket’, Alyssa Menangis Di Live & Luah Perasaan

Selepas Diumum Tarik Diri Dari ‘Universe Ticket’, Alyssa Menangis Di Live & Luah Perasaan

Kadang kala impian itu hanya perlu kekal sebagai impian sahaja dan sukar untuk direalisasikan.

Walaupun mendapat sokongan pada dari rakyat Malaysia, namun sepertinya perjalanan Alyssa terhenti setakat di episod ke-3 sahaja apabila dia membuat keputusan untuk mengundurkan diri.

Bahkan sebab sebenar gadis 18 tahun itu menamatkan perjuangannya juga kekal rahsia apabila pihak produksi turut mengatakan pemergiannya adalah kerana ‘hal yang tak dapat dielakkan’.

Dalam satu siaran langsung berasingan di Instagram, Alyssa sempat berkongsi cerita namun tidak dapat menahan sebak dan menangis seketika. Pun begitu, sepertinya gadis itu masih lagi menyimpan harapan untuk terus bergerak aktif dalam industri idola Korea.

Sejurus itu, gadis itu turut dilihat memuat naik entri berasingan di Instagram bagi menyatakan ucapan terima kasih buat semua yang menyokongnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ALYSSA (@alyssa.szs)

Good luck Alyssa!

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...