Ikuti Kami:

Tanpa Rasa Takut, Lelaki Ini Tikam 4 Orang Awam Tanpa Motif Di Kota Sillim

Tanpa Rasa Takut, Lelaki Ini Tikam 4 Orang Awam Tanpa Motif Di Kota Sillim

Kes jenayah ini disifat sebagai perbuatan tidak berhati perut dan kejam.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku di Korea ketika ini?

Kronologi

Seorang lelaki telah ditikam sebanyak 13 kali oleh orang tidak dikenali di stesen kereta api bawah tanah Kota Sillim. Tapi kenapa?

kes jenayah di Korea

Sebelum kejadian, suspek yang didedahkan sebagai Joseon dikatakan set semula telefon bimbit dan komputer riba miliknya menggunakan penukul. Suspek tinggal bersama mak cik saudaranya di bandar Incheon sebelum bergerak ke Sillim di daerah Geumcheon-gu iaitu rumah neneknya. Semasa di Incheon, Joseon pergi ke sebuah pasar raya untuk mencuri 2 senjata dan kemudian dia bergerak ke sebuah tempat untuk mencari mangsa.

Setibanya di tempat kejadian, Joseon tanpa rasa takut terus menikam seorang lelaki yang sedang merokok. Tidak cukup dengan itu, dia kemudian menusuk 3 lagi mangsa lain secara rawak. Sedar dengan kes jenayah ini, pihak polis bertindak pantas menangkap Joseon dan tiada sebarang pergelutan berlaku.  Mangsa pertama Joseon dilaporkan meninggal dunia kerana ditikam sebanyak 13 kali manakala 3 lagi mangsa lain cedera parah.

Motif kejadian

Masih tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tentang motif kejadian yang dilakukan oleh Joseon. Joseon dikatakan menolak untuk melakukan ujian psikopat setelah ditahan serta apa yang lebih menggemparkan, dia sebenarnya mempunyai rekod jenayah sebanyak 3 kali dan pernah dipenjara sebanyak 14 kali.

Joseon pembunuh di Korea Selatan

Sehingga sekarang, masih tiada khabar berita tentang hukuman yang akan dijatuhkan terhadap perbuatan keji Joseon.

Kes lain

Bukan sekadar kes Joseon sahaja, malah ada beberapa lagi kes tikaman secara rawak yang berlaku di negara Korea. Baru-baru ini lelaki dikenali sebagai Choi merempuh pejalan kaki berhampiran sebuah gedung membeli-belah berhampiran Stesen Seohyeon di Seongnam, Wilayah Gyeonggi, dan kemudian menyerang pembeli dengan pisau di dalam bangunan.

Serangan itu menyebabkan 14 orang cedera dengan dua dalam keadaan kritikal dan berisiko mati otak. Disebabkan kejadian ini, seorang wanita berusia 60-an yang mati otak selepas digilis disahkan meninggal dunia.

pejalan kaki dirempuh di Korea

Selain itu, seorang lelaki tidak dikenali berusia lewat 20-an menikam seorang guru sekolah menengah beberapa kali di muka dan dada di sebuah sekolah menengah daerah Daedeok Daejeon. Suspek dilaporkan memasuki pintu pagar hadapan selepas memperkenalkan diri sebagai graduan sekolah berkenaan dan mencari mangsa di pejabat guru. Selepas serangan itu, guru terbabit melarikan diri ke pejabat pentadbiran dan melaporkannya kepada polis, manakala suspek berjaya melarikan diri.

Polis menahan suspek yang dikenal pasti sebagai bekas pelajar yang pernah diajar mangsa, tujuh hingga lapan kilometer dari tempat serangan berlaku kira-kira dua jam kemudian dan sedang menyiasat motifnya.

Ada lagi beberapa kes yang sebegini rupa berlaku di negara ini, ia telah menimbulkan rasa bimbang serta kurang selamat untuk orang awam dan mereka perlu sentiasa berhati-hati.

Siapa je tak takut kalau dah banyak kes macam ni kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...