Ikuti Kami:

Dibunuh Atau Kemalangan? Influencer Popular Korea Ditemui Meninggal Di Kemboja

Dibunuh Atau Kemalangan? Influencer Popular Korea Ditemui Meninggal Di Kemboja

Pempengaruh popular Korea telah meninggal dunia secara misteri di Kemboja semasa perjalanan percutiannya.

Apa yang berlaku di dalam klinik yang membawa kepada kematiannya? Adakah suspek berbohong? Apakah kebenarannya?

Byun Ah-yeong 

Byun Ah-yeong ialah seorang pempengaruh dan streamer untuk Afreeca TV terkenal di Korea Selatan. Pada Mac 2023, wanita ini ada menyatakan dia sudah berhenti bekerja di media sosial dan akan membuat siaran langsung seperti orang biasa, bukannya untuk bekerja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 아영 (@lovely_ahyeong)

Kronologi

Pada Jun 2023, Byun Ah-yeong atau dikenali sebagai BJ Ah-yeong pergi bercuti ke Kemboja dan tinggal bersama kawannya. Namun dia tidak pulang ke rumah selama beberapa hari dan ditemui mati di luar bandar Phnom Penh.

Mangsa dikatakan pergi ke klinik milik pasangan dari Cina untuk mendapatkan rawatan. Namun apabila dia disuntik ‘sesuatu’ BJ Ah-yeong tidak sedarkan diri dan terus meninggal dunia. Oleh sebab berasa panik, pasangan itu membungkus badan mangsa dan buangnya sejauh 80 km dari klinik berkenaan.

Suspek

suspek kematian Byun Ah-yeong

Pasangan yang merawat mangsa mendakwa Byun Ah-yeong datang ke klinik pada 4 Jun dan diserang sawan sebelum diberi suntikan anestesia. Sebelum itu, pasangan yang dikenali sebagai Lai Wenshao dan Cai Huijian berkata klinik sudah tutup ketika mangsa datang tetapi dia tetap berdegil untuk mendapatkan rawatan kerana sawan. Pihak polis mendapati klinik ini sebenarnya tiada lesen untuk beroperasi secara sah di Kemboja.

Polis telah dimaklumkan mengenai mayat yang dibalut dengan permaidani merah pada 6 Jun di luar bandar Phnom Penh. Pegawai berkata mayat itu dipenuhi dengan lebam dan lehernya patah. Tapi sehingga ke hari ini masih tiada sebarang berita selanjutnya tentang kematian pengaruh Korea itu.

Semoga ada keadilan kepada Byun Ah-yeong.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...