Ikuti Kami:

“Tangannya Menggigil…” – Heo Sungtae Akui Minat Taeyeon Girls’ Generation

“Tangannya Menggigil…” – Heo Sungtae Akui Minat Taeyeon Girls’ Generation

Bagi sesiapa yang menonton siri ‘mind-blowing’ “Squid Game”, pasti mengenali pelakon Heo Sung-tae kan? Bukan main lagi Heo Sung-tae bawa watak lagak ‘gangster’ dalam siri itu, tapi khabarnya ‘jatuh cinta’ dengan seorang ahli Girls’ Generation. Wah, jiwang juga rupanya…

Baru-baru ini, Heo Sung-tae tampil dalam rancangan hiburan “Amazing Saturday” bersama Lee Soo-kyung sebagai tetamu jemputan. Sepanjang mereka berbual, Heo Sung-tae sempat berkongsi bahawa dia sangat menggemari Tae-yeon dari Girls’ Generation.

Dia berkata,

Saya mula ‘jatuh cinta’ dengan Tae-yeon sejak dia membuat persembahan di SBS “Athena” sewaktu menyanyikan lagu “I LOVE YOU” pada 2010. 

heo sungtaeMalah, dia juga ditanya apakah dia pernah meminta mana-mana pengarah produksi untuk mengelakkan dirinya duduk bersebelahan dengan Tae-yeon. Lalu, dia menjawab,

Dalam banyak-banyak penyanyi, Tae-yeon adalah yang paling saya gemari. Mustahil saya tidak mahu duduk di sebelahnya. 

Ekoran daripada itu, Park Na-rae yang turut tampil dalam rancangan itu berkata,

Saya nampak tangannya menggigil. Dia bahkan tidak boleh melihat Tae-yeon langsung ke matanya. 

heo sungtaeHeo Sung-tae bahkan sangat senang apabila boleh berada di satu set yang sama dengan Tae-yeon dalam “Amazing Saturday”. Wah, betul-betul minat ek!

Siapa je tak minat Tae-yeon kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...