Ikuti Kami:

Taeyeon Dedah SM Entertainment Menentang Untuk Keluarkan Lagu ‘Ini’ Pada Awalnya

Taeyeon Dedah SM Entertainment Menentang Untuk Keluarkan Lagu ‘Ini’ Pada Awalnya

Tae-yeon GIRLS’ GENERATION sememangnya dikenali sebagai penyanyi dengan vokalnya yang hebat dalam industri muzik Korea Selatan.

Terbaru, Tae-yeon telah berkongsi kisah di sebalik album penuh ke-3 ‘INVU’ dan mendedahkan bahawa SM Entertainment menentangnya untuk mengeluarkan lagu utama “INVU” pada awalnya.

Dalam temu bual, Tae-yeon menjelaskan bahawa semua kakitangan mengundi untuk tidak mengeluarkan lagu “INVU” dan dia adalah satu-satunya yang mahu mengeluarkan lagu itu. Oleh itu, dia terpaksa meyakinkan semua orang. Tae-yeon menyatakan,

Saya yakin dan saya rasa saya perlu meyakinkan dan memujuk kakitangan. Saya menyanyikan lagu itu sambil berlakon untuk mengekspresikan lagu itu dengan lebih baik.

taeyeon invu

Tae-yeon menjelaskan bahawa ianya senang untuk meyakinkan kakitangan, dan mudah untuk bekerja mengeluarkan album itu. Bagaimanapun, semua kakitangan bersetuju bahawa apa yang tinggal adalah untuk meyakinkan orang ramai.

Nampaknya, Tae-yeon lebih mengenali peminatnya apabila lagu “INVU” telah berjaya mencipta pelbagai rekod hebat di platform muzik seperti mendominasi carta Melon, Gaon dan iTunes di lebih 21 negara sejurus selepas ianya dikeluarkan. Bukan biasa-biasa tau!

Best kot lagu “INVU”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...