“Tangan Saya Menggigil Sebab Lapar” – Junho 2PM Dedah Sukar Untuk Diet
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Umum pasti mengetahui bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon dan idola K-Pop.
Pada 4 Ogos lalu, Lee Jun-ho 2PM telah memuat naik video vlog baru di saluran YouTubenya. Dalam video tersebut, pelakon dan idola itu sedang memandu kereta sambil meluahkan rasa kesalnya kerana tidak dapat mengunjungi kedai roti yang ditemuinya secara kebetulan.
Lee Jun-ho mendedahkan,
Saya masih menjalani diet yang ketat, jadi saya tidak melihat kedai roti tanpa sebab. Saya terus berfikir ‘Perlukah saya makan atau tidak?’ dan ‘Bolehkah saya makan atau tidak?’, jadi saya menutup mata.

Setelah tiba di destinasi, Jun-ho minum air Coke Zero. Kemudian, apabila dia mengambil sesudu nasi, tangannya menggigil kerana kelaparan. Dia berkata,
Tangan saya menggigil. Tangan saya menggigil kerana saya sangat lapar.
Semoga Jun-ho sentiasa jaga kesihatan.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




