Ikuti Kami:

Lee Junho Luah Rasa Sukar Jadi Selebriti, Nasihat Yoo Jaesuk Buat Netizen Tersentuh Hati

Lee Junho Luah Rasa Sukar Jadi Selebriti, Nasihat Yoo Jaesuk Buat Netizen Tersentuh Hati

Dalam episod terbaru “You Quiz On The Block”, Lee Jun-ho telah muncul sebagai tetamu, di mana dia berkongsi tentang pelbagai perkara.

Dalam episod itu, Lee Jun-ho berkongsi tentang kebimbangannya sebagai seorang selebriti dan minatnya untuk berlakon. Dia mengejutkan semua orang dengan mengatakan bahawa dia begitu ‘tenggelam’ dalam wataknya sehingga dia mempunyai bulu hidung putih, kehilangan berat badan, dan juga rasa loya akibat tekanan.

Apabila ditanya,

Awak dah popular dan awak juga sudah menawan hati wanita. Adakah terdapat apa-apa lagi yang awak mahu capai pada masa hadapan?

lee junho yoo jaesuk

Lee Jun-ho kemudiannya dengan jujur menjawab,

Saya mahu mengekalkan mentaliti saya seperti sekarang. Saya tidak goyah dan saya tidak bergelut. Saya fikir saya telah bertambah baik sejak 15 tahun lalu dan saya juga tidak terlalu bercita-cita tinggi, tidak terlalu gembira atau terlalu sedih. Namun, ada kalanya sangat sunyi untuk mengawal seperti itu.

Mendengar luahan sedih Lee Jun-ho, Yoo Jae-suk sebagai seorang ‘senior’ dalam industri hiburan dan juga MC kepada program itu, memberinya nasihat yang melegakan.

Saya tidak tahu nak cakap apa tentang Jun-ho kerana dia seorang yang menjaga dirinya dengan baik. Tetapi kadang-kadang saya fikir anda perlu mendengar perasaan anda dan jujur ​​​​dengan mereka. Marah apabila anda marah. Tetapi bukan anda perlu marah setiap kali, tetapi anda perlu mengatakan bahawa anda tidak suka perkara yang anda tidak suka.

lee junho yoo jaesuk

Tambah Yoo Jae-suk,

Jujurlah dengan perasaan kita asalkan kita tidak merasai ketidakselesaan orang lain. Mari kita dengar perasaan kita juga.

Selepas mendengar nasihat berguna dari Yoo Jae-suk, ramai netizen turut berterima kasih atas pesanan bernas yang diberinya itu. Antara komen netizen:

Yoo Jae-suk seorang yang ‘cool’.

 

Yoo Jae-suk sudah lama berada di puncak kerana dia seorang yang hebat. Terdapat banyak tentang dia untuk dihormati.

 

Ini apa yang saya perlu dengar sekarang.

Betul tu kata Yoo Jae-suk…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...