Ikuti Kami:

Tanda Penghargaan, IU Hadiahkan 100 Staf Barangan Bernilai Ribuan Ringgit

Tanda Penghargaan, IU Hadiahkan 100 Staf Barangan Bernilai Ribuan Ringgit

Wah, hadiah sempena krismas ke?

Heboh di media sosial di mana, gambar kakitangan yang menerima hadiah daripada IU telah tersebar.

Foto itu menunjukkan AirPods Max, kasut New Balance, penanda buku dan banyak lagi. Khususnya, AirPods Max ialah produk mahal berharga 760,000 won (RM2,700) setiap satu, menjadikannya hadiah yang menarik perhatian ramai.

Dalam pada itu, IU memberikan hadiah yang lumayan kepada pasukan staf drama “I Was Fooled”, yang sekurang-kurangnya 100 orang.

iu hadiahkan staff airpods pro max

Kakitangan itu juga dilihat menyatakan rasa terima kasih mereka dengan pelbagai kapsyen seperti,

Santa? Terkejut. Adakah ini benar?

Helo, saya Uaena (nama kelab peminat IU).

Selain Airpods Max, IU juga menghadiahkan penanda buku dan surat bertulis,

Kita menghabiskan semua empat musim bersama-sama, dan hubungan kita nampaknya sudah ditakdirkan. Terima kasih. Selamat Hari Natal!

iu hadiahkan staff airpods pro max

Untuk pengetahuan, IU baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama “I Was Fooled” di mana, dia bergandingan bersama pelakon lelaki popular, Park Bo-gum. Drama ini dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Seronoknya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...