Ikuti Kami:

Keserasian Luar Biasa, V BTS Akan Buat Kemunculan Istimewa Dalam Muzik Video IU

Keserasian Luar Biasa, V BTS Akan Buat Kemunculan Istimewa Dalam Muzik Video IU

Gandingan antara V BTS dan IU?

Pada 5 Disember, agensi V BTS iaitu Big Hit Music telah mengesahkan bahawa ahli BTS itu akan muncul sebagai watak utama di dalam muzik video IU yang akan datang.

Dalam masa yang sama, syarikat IU iaitu Edam Entertainment turut mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan dengan perkara itu.

Kata mereka,

IU dah selesai merakamkan muzik video barunya bersama dengan V BTS dan IU juga sedang membuat persiapan untuk mengeluarkan album baru tersebut pada tahun hadapan.

Dalam masa yang sama, disebabkan V BTS akan menjalani latihan ketenteraan pada Disember ini, mereka telah merakamkan muzik video itu awal dari sepatutnya.

Terlebih dahulu, ahli BTS tersebut telah muncul di dalam rancangan yang dihoskan oleh IU iaitu “IU’s Palette”. Di mana, keserasian kedua-dua penyanyi tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai.

iu V

Berita mengenai album baru IU ini juga telah mendapat perhatian ramai, terutamanya kerana album ini merupakan album pertama yang akan dikeluarkan oleh penyanyi tersebut selepas album “Piece of Pieces” pada tahun 2021.

Mesti gempak kan muzik video IU dengan V nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...